Saturday, March 21, 2009

Why non Muslims cannot use the word Allah? -Dr Khalif Muammar


There is no nas qat’i (conclusive/definitive evidence) from the Qur’an and the Sunnah on this matter. All the evidences put forward by those who permit it, do not show that it is permissible for non Muslim to use the word Allah. Since there is no conclusive evidence from the Qur’an and the Sunnah, this matter falls under zanniyyat, something which is based on human discretion. Muslim scholars need to base their argument on historical, epistemological, theological and semantic analysis. There will be right and wrong opinions depend on who has the strong argument. Definitely wisdom and in-depth analysis must be stressed, and not just literal interpretation. Although there is no conclusive evidence this does not mean that we cannot reach certainty in dealing with this issue.

In this short but compact paper I will provide conclusive arguments which will demonstrate that non Muslim should not be permitted to use the word Allah in any ways to refer to their God even in their publication for their own community. As long as they live in Muslim country they have to respect their Muslim neighbors.

Friday, March 13, 2009

wasiat Hasan AL-Banna


wasiat Al-Banna ke-8, Jauhi bicara aib orang lain
Fahri Abdullah al-Masri
Sat | Feb 28, 09 | 5:00:54 pm MYT

"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka
dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik," kata
Hasan al-Banna.
Iklan
Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam, khasnya para da'ie agar
menjaga lidah dan semua ini boleh dilakukan dengan meneropong kesilapan
dan kelemahan diri mereka sendiri.
Apabila seseorang itu kerap
bermuhasabah, meneropong kesilapan dirinya sendiri, mereka akan kurang
membicarakan aib orang lain. Dengan ini, terciptalah dunia yang aman.
Bagaimanapun, perihal aib ini adalah termasuk dalam kategori aib
peribadi. Namun, dalam hal salahlaku pemerintah yang melakukan
kesilapan dalam pentadbirannya, maka hal ini tidaklah termasuk dalam
perbincangan ini.
Ini kerana, perihal salahlaku pemerintah itu mestilah dicegah agar
mudaratnya tidak akan melimpah ke atas masyarakat manusia seluruhnya.
Sepotong hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa, "Barangsiapa yang
menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup
keaibannya di akhirat kelak."
Jadi, inilah antara kaedah untuk menghalang rahsia dan aib kita didedahkan Tuhan di hari akhirat kelak.
Ada sebab-sebabnya kenapakah kita suka membuka rahsia keaiban orang
lain. Kebanyakannya sikap ini bermula daripada perasaan dengki dan iri
hati.
Lalu, meluap-luaplah perasaan untuk menjatuhkan maruah, imej dan reputasi orang lain di dalam kerjaya mereka misalnya.
Padahal, keaiban dan kelemahan seseorang itu memang berlaku dalam
urusan Allah. Tuhan sendiri telah menyatakan bahawa manusia itu dicipta
dalam serbu kekurangan dan mereka tidak sempurna.
"Wa khuliqal insanu dha'ifan - dan diciptakan manusia itu dalam keadaan daif."
Kita sendiri mesti ada kelemahan. Maka sebab itulah persaudaraan itu
penting agar dengan itu kelemahan kita akan ditampung oleh kekuatan
orang lain. Dan, kekuatan kita menampung kelemahan orang lain.
Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Apa yang menjadi masalah
ialah manusia itu sendiri berasa dirinya cukup sempurna lalu dia angkuh
dengan pemberian Tuhannya.
Maka jelaslah di sini bahawa bahaya lidah berpunca daripada hati yang
tidak bersih, suka menghina orang lain kerana berasa dirinya sudah
baik.
Sekali peristiwa, tersebutlah kisah di mana Tuhan mahu mencipta makhluk
yang baru, iaitu Nabi Adam a.s. Pada ketika itu, diriwayatkan bahawa
Iblis pada ketika itu digelar Azazil dan dia menjadi guru kepada para
malaikat lantaran kelebihan ilmunya.
Iblis berasakan bahawa tiada orang yang boleh menandingi kesolehannya,
kewarakannya dan ilmunya. Sehinggalah dengan tiba-tiba tercipta Adam
a.s.
Ekoran cemburu, dengki dan iri hati itulah, maka Iblis sampai sanggup
menghina Adam a.s dengan katanya, "Aku lebih baik daripadanya (Adam).
Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada
tanah!"
Demikianlah kata Iblis ketika dia diperintahkan Tuhan untuk sujud bersama-sama malaikat ke atas Adam a.s itu.
Jelas di sini. Ketika hati tidak bersih, jiwa dibalut rasa angkuh, maka
lidah pun secara tidak langsung akan lebih mudah menghina orang lain.
Sedangkan, jelas wujud arahan di dalam al-Quran yang memerintahkan kita
agar jangan hina orang lain. Ini kerana, mungkin yang dihina itu lebih
baik daripada si penghina.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum
lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana)
harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan
janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan
merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu
menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu
memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia
beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada
perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan
daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan
itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima
taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]
Perbaiki hubungan persaudaraan
Maka, wasiat Hasan al-Banna yang ke-8 ini barangkali sumber, asas dan
dasarnya digali daripada surah al-Hujurat yang merincikan nilai-nilai
moral dan akhlak yang sepatutnya dijunjung dan diwarisi oleh umat Islam
seluruhnya.
Dengan menjaga lidah, maka hubungan persaudaraan terpelihara. Ini
kerana, masing-masing orang tidak akan mencederakan perasaan orang lain
melalui kata-kata.
Dan, inilah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Hasan al-Banna. Iaitu,
mengembangkan rasa persaudaraan Islam sejagat. Dengan lidah
persaudaraan terhakis dan melalui lidah jugalah ikatan persaudaraan
kembali terjalin.
Hubungan ukhwah, perpaduan antara Islam ini jangan dilihat dari sudut
yang kecil saja seperti hubungan kejiranan dan hubungan di tempat kerja
semata-mata.
Yang lebih mustahak, ialah kita menyelami hasrat dan keinginan Imam
Hasan al-Banna ini yang mahukan Islam itu menjadi 'ustaz' kepada alam
ini. Pada tahap itu, umat Islam di dunia adalah murabbi, pengasuh dan
pendidik di dunia.
Demikianlah tingginya cita-cita beliau itu. Jadi, hubungan ukhwah
persaudaraan Islam ini tentunya bersifat menjelajah ke antara benua,
merentas sempadan negara-negara Islam. Mungkin, yang lebih utama ialah
bagaimanakah mahu membentuk ikatan persaudaraan antara
pemimpin-pemimpin dan umat Islam seluruhnya.
Kita melihat, tiadanya kesepakatan antara Negara-negara Islam sendiri
dalam isu Palestin yang ditindas. Umat Islam di Patani dan
lain-lainnya.
Tapi, tiada pula percakaran dan pertengkaran yang besar-besar antara
Negara-Negara Islam. Kalau pun ada, ia melibatkan kes perang Iraq dan
Iran pada satu masa dahulu. Maka hendaknya persefahaman antara pemimpin
negara Islam dapat dijalin bersama bagi menyatukan tindakan mereka pada
masa hadapan.
Berkatalah yang baik-baik sahaja
Akhirnya Hasan al-Banna berwasiat, jika kita ingin berbicara, maka
pastikanlah bahawa isi dan inti percakapan itu cuma yang sarat terisi
dengan kalimah yang baik-baik sahaja, menyeru ke arah kebaikan dan
mengajak orang-ramai meninggalkan segala yang merosakkan amalan,
fikiran dan jiwa dan anggota tubuh badan.
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, ".. sesiapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat, maka katakanlah hal-hal yang baik atau lebih
baik diam sahaja." Apabila seseorang itu berdiam, dia akan
terus-menerus berzikir, berwirid. Semua ini menunjukkan bahawa waktu
seseorang Muslim itu sangat berharga dan setiap masa yang berlalu tidak
digunakan ke arah yang tidak berfaedah.
Apabila berbicara, mereka mengungkapkan hal-hal yang baik-baik. Jika berdiam diri, mereka akan berzikir secara rahsia. _

Tuesday, March 10, 2009

apakah niat yang baik dapat menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh syariat?

hari ini ana ditawarkan oleh seorang wanita islamic magizine,SOLUSI.isinya amat menarik perhatian ana untuk membaca dalam kadar yang segera.ana tertarik dengan tajuk hukum bersalam.sudah tentu hukum ini tercipta antara lelaki dan wanita ajnabi.ana teringat suatu ketika di musim raya.bersalaman sudah menjadi adat bagi orang islam malah ia adalah salah satu dari sunnah nabi kita yang bermaksud bersalam antara mahram.tetapi kita sudah tidak mengendahkan syariat dengan alasan 'kita tidak ada niat lain'.ia tetap salah disisi syariat.contohnya sama seperti peminum arak minum dalam kuantiti yang tidak memabukkan padahal arak haram disisi islam.oleh yang demikian apakah niat yang baik dapat menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh syariat?sudah terang lagi bersuluh wanita atau lelaki haram menyentuh dikalangan mereka yang ajnabi.malah ketika dengan lawan jenis sekalipun nabi kita hanya berbaiah dengan ucapan.nabi Muhammad QUDWAH kita.sudah pasti kita menjadikan dia sebagai contoh didalam kehidupan.wassalam.

Wednesday, March 4, 2009

amal dengan ilmu

Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Faathir :2)

Beramal Perlu IlmuBerapa umur kita sekarang? Barapa usia kita ketika mulai terkena beban syariat? Mungkin sudah belasan tahun bahkan puluhan tahun kita mengenal islam dan melaksanakan ajarannya. Tapi pernahkah kita berpikir, apakah ibadah kita ini sudah benar sesuai dengan contoh nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam. Apakah cara kita berislam sudah sesuai dengan perintah Allah dan Rasul-Nya? Sudahkah kita berislam dengan tata cara dan urutan yang benar? Apa yang kita tahu tentang Islam? Terkadang, di antara kaum muslimin, ketika ditanya apa itu Islam mereka kebingungan menjawab. Ya… Islam ya… seperti itu lah. Islam itu agama yang paling benar, agama yang paling diredhai Allah, dibawa oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, dan jawapan-jawapan lainnya. Ada juga yang menyebutkan mengenai rukun Islam ketika ditanya apa itu Islam. Ya, mereka tidak sepenuhnya salah, tapi yang dimaksud si penanya dengan Islam adalah berserah diri kepada Allah dengan tauhid, tunduk kepada-Nya dengan segala ketaatan/kepatuhan, serta melepaskan diri dari segala bentuk syirik dan para pelaku syirik. Ketika diberi tahu mengenai hal ini malah yang ditanya kebingungan, kenapa dia tidak pernah mendengar mengenai hal ini. Ada juga, ketika salah seorang muslim sujud di dalam solatnya dengan menghamparkan tanggannya ke lantai (tangan sampai siku diletakkan di lantai), ia ditegur rakannya dan memberitahu bahwa hal itu tidak boleh; dia malah kebingungan. Bahkan tidak percaya, kerana selama solat puluhan tahun baru sekarang ini ada yang menegur dan mangatakan perbuatan itu dilarang. Banyak contoh yang dapat dikemukakan, tapi kita mencukupkan itu saja. Sebahagian kaum muslimin di dalam beribadah terkadang tidak membekali dirinya dengan ilmu mengenai ibadah tersebut terlebih dahulu. Selain merasa tidak penting, mereka juga bernaggapan bahwa belajar hanya akan membuang waktu dan tenaga. Kenapa perlu belajar segala, jika hendak solat, lihat saja orang yang sedang solat, kemudian kita contoh. Selesai, mudah kan? Tidak perlu belajar. Memerlukan waktu, tenaga, dan perbelanjaan. Hal ini sangat memprihatinkan. Terkadang, kita tahu ilmu tentang sesuatu sampai sedetail-detailnya, tapi untuk permasalahan agama yang hubungannya dengan akhirat kita tidak tahu sama sekali, walaupun hal itu kita lakukan setiap hari!! Kita ambil contoh, ada seorang boleh mempelajari masalah mesin sampai sedetail-detailnya, tapi dia tidak tahu bagaimana cara wudhu yang benar. Padahal setiap solat harus berwudhu, lalu bagaimana dengan solatnya? Ilmu sebelum beramal sangat penting. Kita harus mengilmui apa yang akan kita amalkan. Kerana kalau tidak, kita akan terjerumus kepada bid’ah ataupun kesyirikan. Bid’ah lebih disenangi syaitan ke arah maksiat, kerana orang yang berbuat maksiat merasa dirinya berbuat maksiat dan ada harapan untuk bertaubat, sedanglan pelaku bid’ah merasa bahwa dirinya sedang beribadah kepada Allah, jadi harapan untuk bertaubat dari bid’ahnya sangat kecil sebab ia tidak merasa berbuat salah. Adapaun syirik merupakan dosa besar yang paling besar yang pelakunya tidak akan diampuni kalau mati dengan membawa dosa syirik tersebut (pelakunya mati sebelum bertaubat). Dan dia akan kekal di dalam neraka. Na’udzubillah. Oleh kerana pentingnya mengenai ilmu ini, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam memerintahkan kepada kita untuk menuntut ilmu: “Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap muslim.” (HR.Bukhari) Imam Ahmad –rahimahullah- pernah mengungkapkan: “Manusia amat memerlukan ilmu daripada keperluan mereka kepada makanan dan minuman, kerana makanan dan minuman hanya diperlukan dalam sehari satu atau dua kali, sedang ilmu diperlukan setiap saat.” Imam Bukhari –rahimahullah- dalam kitab sahihnya menulis: “Bab Ilmu sebelum ucapan dan perbuatan.” Dalilnya adalah firman Allah (yang ertinya): “Maka ketahuilah bahwa tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Allah dan mohonlah ampun atas dosamu.” (Muhammad:19) Syaikh Muhammad Shalih Al-Utsaimin –rahimahullah- menjelaskan bahwa: “Imam Bukhari berdalil dengan ayat ini untuk menunjukkan wajibnya mempunyai ilmu sebelum ucapan dan perbuatan. Ini dalil yang tepat menunjukkan bahwa manusia hendaknya mengetahui terlebih dahulu, baru kemudian mengamalkannya. Ada juga dalil aqli yang menunjukkan hal serupa, Iaitu bahwasanya amal dan ucapan tidak akan benar dan diterima sehingga sesuai dengan syariat. Seseorang tidak akan tahu apakah amalnya sesuai dengan syariat atau tidak kecuali dengan ilmu. Tetapi ada beberapa hal yang manusia boleh mengetahuinya secara fithrah, seperti pengetahuan bahwa Allah adalah satu-satunya sesembahan, sebab yang demikian ini sudah menjadi fithrah manusia, kerana itulah tidak perlu bersusah payah untuk mempelajari bahwa Allah itu Esa. Adapun masalah-masalah juz’iyah yang beragam perlu untuk dipelajari dan memerlukan usaha keras.” Secara akal sihat, pernyataan Imam Bukhari tersebut memang benar dan logik. Kita ambil contoh, misalnya dalam ilmu dunia, bagaimana ia dapat menulis kalau belum pernah belajar menulis. Demikian juga untuk permasalahan akhirat, bagaimana mungkin seorang boleh menegakkan solat dengan benar padahal ia belum belajar bagaimana tata cara solat yang benar. Bagaimana boleh berwudhu dengan benar sedang dia tidak pernah mau belajar berwudhu yang benar. Bukankah orang yang mau belajar pasti lebih tahu dan lebih benar tata caranya daripada orang yang tidak pernah belajar? Keutamaan Ilmu: Keutamaan menuntut ilmu sangat banyak sekali, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dalam “Buah Ilmu” menyampaikan kepada kita sampai 129 sisi keutamaan ilmu!! Tentunya sangat tidak mungkin kalau ditulis semuanya di sini. Di antara keutamaan menuntut ilmu adalah: v “Adakah sama antara orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? (Az-Zumar:9) v “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Al-Mujadilah:11) v “Barangsiapa berjalan di satu jalan dalam rangka menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalan menuju jannah. Dan sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu tanda ridha dengan yang dia perbuat. (Dari hadis yang panjang riwayat Muslim) v “Barangsiapa keluar dalam rangka thalabul ilmu (mencari ilmu), maka dia berada dalam sabilillah hingga kembali.” (HR. Tirmidzi, hasan) v “Barangsiap menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah mudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR.Muslim) v “Barangsiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan maka Allah akan pahamkan dia adalam (masalah) dien (agama).” (HR.Bukhari) Ilmu yang dipelajari Apakah yang dimaksud dengan ilmu pada hadis-hadis di atas? Apakah seluruh ilmu? Yang dimaksud ilmu di situ adalah ilmu nafi’, Iaitu ilmu yang bermanfaat, yang akan mewariskan kebaikan dan barakah kepada penuntutnya baik di dunia ataupun di akhirat. Kerananya ilu yang patut dituntut dan diusahakan untuk meraih adalah ilmu syar’I yang dengannya amal akan menjadi baik dan benar. Ilmu adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, dan ijma sahabat. Apakah kita harus mempelajari semua ilmu yang ada? Tentunya tidak. Semua orang dilahirkan dengan kemudahan yang berbeza-beza. Kalau semuanya akan dituntut, sampai akhir hayatpun tidak semuanya dapat dipelajari,kerana ilmu adalah samudera yang maha luas. Apa yang mesti kita pelajari terlebih dahulu? Pertama, Kitabullah Ilmu yang pertama serta utama yang sekaligus sebagai dasar, sumber dan pedoman yang agung bagi ilmu-ilmu yang lain adalah Al-Qur’an. Marilah Al-Qur’an kita baca, kita pelajari isinya dan kita amalkan apa yang terkandung di dalamnya. Kedua, Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam Iaitu setiap apa yang datang dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam apakah itu ucapan, perbuatan, atau persetujuan beliau Shallallahu 'Alaihi wa Sallam. Kita pelajari dan kita laksanakan perintah-perintahnya dan kita tinggalkan larangan-larangannya. Kita juga berkewajiban untuk mencontoh Nabi, kerana beliau adalah suri teladan yang baik bagi kita. Terkadang ayat-ayat al-Qur’an belum dapat dipahami secara langsung, dan hanya boleh difahami dan diamalkan dengan petunjuk dari sunnah nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam. Misalnya perintah solat, di Al-Qur’an tidak ada penjelasan bagaimana tata cara solat, dengan mempelajari sunnahnya kita dapat mengetahui tata cara solat yang diperintahkan. Ketiga, Aqidah atau Ilmu tauhid Ilmu ini memiliki kedudukan yang tinggi. Keperluan kita yang paling mendesak saat ini adalah mempelajari aqidah islamiyah. Jadikanlah mempelajari aqidah sebagai keutamaan. Kerana sekarang ini syirik bermahararajalela, di mana-mana, hampir tidak pernah sunyi dari kesyirikan dengan berbagai macam bentuknya. Pelajarilah dengan sebenar-benarnya, agar diri kita tidak terkena noda syirik. Bukankah syarat pertama diterimanya amal adalah bertauhid kepada Allah, tidak melakukan kesyirikan? Keempat, ilmu tafsir Dengan ilmu tafsir, kita dapat memahami ayat-ayat yang sulit, yang belum dapat kita pahami langsung dari Al-Qur’an. Dalam kitab tafsir dijelaskan tafsir ayat dengan ayat, tafsir ayat dengan hadis. Namun perlu diperhatikan, pelajarilah kitab tafsir yang penulisnya memiliki aqidah yang sahihah dan komitmen terhadap hadis-hadis yang sahih. Kelima, ilmu fiqh Ilmu ini berhubungan erat dengan pelaksanaan ibadah, syarat-syarat dan rukun-rukunnya. Sungguh-sungguhlah menuntut ilmu ini, kerana apabila tidak dipelajari secara benar, maka ibadah yang kita lakukan menjadi sia-sia. Dengan ilmu ini kita boleh mengetahui tata cara peribadatan. Tentunya tidak harus semunya kita tahu, bagi kita, minimal mengetahui apa-apa yang selalu kita kerjakan sehari-hari, seperti thaharah, solat, puasa, dan yang lainnya. Pelajarilah ilmu-lmu tersebut sesuai dengan kemampuan kita. Utamakanlah yang harus diutamakan. Dahulukanlah mana yang harus didahulukan. Pelajarilah hal-hal yang merupakan wajib a’in bagi kita. Metode menuntut ilmu: Menuntut ilmu dapat dengan berbagai metode, asal saja hal tersebut tidak dilarang oleh syariat. Di antara metode yang dapat digunakan adalah: (a) Hadir dalam majlis-majlis taklim Tentunya kita harus memperhatikan apa yang dikaji dan siapa gurunya (yang memberi pengajaran) kerana mungkin yang diajarkannya hal yang tidak berguna bagi kita, bahkan dapat merosak diri dan dien (agama) kita. Apakah yang diajarkannya memang diperlukan oleh kita dan bersumber dari al-Qur’an dan hadis yang sahih. Siapa pengajarnya? Apakah orang tersebut sudah terkenal istiqamah dengan agama yang benar bersumber dari Al-Qur’an dan sunah yang sahih berdasar pemahaman salafush shalih. Jangan sampai kita belajar kepada ahli bid’ah. Kerana bukan ilmu yang akan kita dapat, namun kebinasaan yang akan kita peroleh. (b) Membaca kitab-kitab/buku yang bermanfaat Apabila kita boleh berbahasa arab, maka kita baca kitab-kitab para ulama. Namun apabila tidak, kita dapat membaca buku terjemahan yang bagus. Namun jangan semua buku dibaca, kita juga harus memilih. Siapa penulisnya dan bagaimana keadaan penerjemahnya, apakah ia amanah dalam menerjemahkan atau tidak. Jangan semua buku kita baca, hanya buku yang sahih saja yang kita konsumsi. (c) Mendengarkan kaset-kaset ceramah Alhamdulillah, telah banyak di kalangan kita kaset-kaset yang berisi pelajaran-pelajaran yang bermanfaat. Kita dapat mengambil ilmu dengan mendengarkan kaset kaset tersebut. Tentu saja kita harus selektif juga dalam memilih kaset yang akan kita dengarkan. (d) Meminta fatwa Kita dapat meminta fatwa kepada ulama atau ustaz yang terpercaya mengenai permasalahan yang kita hadapi. Bisa lewat telpon, email, atau datang langsung. (e) Dan metode-metode lain yang tidak bertentangan dengan syariat. Prinsip-prinsip dalam pengambilan ilmu: Dalam mengambil ilmu kita perlu memperhatikan kaidah-kaidah pengambilan ilmu, diantaranya (sebagaimana disebutkan oleh Syaikh Nashr Abdul Karim Al-‘Aql) 1. Sumber ilmu adalah kitab Allah (Al Qur’an), sunnah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang sahih dan ijma’ para salaf yang soleh. 2. Setiap sunnah sahih yang berasal dari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam wajib diterima, sekalipun tidak mutawatir atau ahad (hadis yang diriwayatkan oleh seorang periwayat atau lebih, tetapi periwayatannya bukan dalam jumlah yang terhitung). 3. Yang menjadi rujukan dalam memahami Kitab dan Sunnah adalah nash-nash (teks Al Qur’an atau hadis) yang menjelaskannya, pemahaman para orang yang soleh dan para imam yang mengikuti jejak mereka serta dilihat erti yang benar dari bahasa Arab. Namun jika hal tersebut sudah benar maka tidak dipertentangkan lagi dengan hal-hal yang hanya berupa kemungkinan sifatnya menurut bahasa. 4. Prinsip-prinsip utama dalam agama (ushuluddin) semua telah dijelaskan oleh Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Siapapun tidak berhak mengadakan hal yang baru, yang tidak ada sebelumnya, apalagi sampai mengatakan hal tersebut termasuk bahagian dari agama. 5. Berserah diri dan patuh hanya kepada Allah dan RasulNya zahir dan batin. Tidak menolak sesuatu dari Kitab atau Sunnah yang sahih, baik dengan analogi, perasaan, kasyf (illuminasi, atau penyingkapan tabir rahasia sesuatu yang ghaib), ucapan seorang syeikh ataupun imam-imam, dan alin-lainnya. 6. Dalil akli yang benar akan sesuai dengan dalil nakli (nash) yang sahih. Sesuatu yang qath’i (pasti) dari kedua dalil itu tidak akan bertentangan. Apabila sepertinya ada pertentangan di antara kedua dalil itu, maka dalil nakli harus didahulukan. 7. Wajib untuk sentiasa menggunakan bahasa agama dalam aqidah dan menjauhi bahasa bid’ah (yang bertentangan dengan sunnah). Bahasa umum yang mengandung pengertian yang salah dan yang benar perlu dipertanyakan lebih lanjut mengenai pengertian yang dimaksud. Apabila yang dimaksud adalah pengertian yang benar maka perlu disebutkan dengan menggunakan bahasa agama (syar’i). Tetapi bila yang dimaksud adalah pengertian yang salah maka harus ditolak. 8. Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam adalah ma’shum (dipelihara Allah dari kesalahan), dan umat Islam secara keseluruhan dijauhkan Allah dari kesepakatan atas kesesatan. Namun secara individu, tidak ada seorangpun dari kita yang ma’shum. Jika ada perbedaan pendapat diantara para imam atau yang selain mereka maka perkara tersebut dikembalikan kepada Kitab dan Sunnah, dengan memaafkan orang yang keliru dan berprasangka baik bahwa dia adalah orang yang berijtihad. Ada di antara umat kita yang memperoleh bisikan dan ilham dari Allah, ru’ya (mimpi) yang baik. Ini benar dan termasuk salah satu bahagian dari kenabian. Firasat yang baik adalah benar, dan itu semua adalah karamah (suatu kelebihan dan keluarbiasaan yang dikaruniakan Allah asal kepada seorang wali) Ciri karamah adalah orang yang mendapatkannya sentiasa istiqomah, berjalan di atas tuntunan Al Quran dan Sunnah. 9. serta tanda baik dari Allah, asal dengan syarat tidak bertentangan dengan syariat dan tidak menjadi sumber aqidah maupun hukum. 10. Berdebat untuk menimbulkan keraguan dalam agama adalah perbuatan tercela. Tetapi berdebat dengan cara yang baik untuk mencari kebenaran disyariatkan. Perkara yang dilarang oleh nash untuk mendalaminya wajib diterima dan wajib menahan diri untuk mendalami sesuatu yang tidak dapat diketahui oleh seorang muslim. Seorang muslim harus menyerahkan pengetahuan tersebut kepada Yang Maha Mengetahui, yakni Allah Subhanahu Wata’ala. 11. Kaum muslimin wajib sentiasa mengikuti manhaj (metode) Al Qur’an dan Sunnah dalam menyampaikan sanggahan, dalam aqidah dan dalam menjelaskan suatu masalah. Kerana itu bid’ah tidak boleh dibalas dengan bid’ah lagi, kekurangan dilawan dengan berlebih-lebihan, atau sebaliknya. 12. Setiap perkara baru yang tidak ada sebelumnya dalam agama adalah bid’ah. Setiap bid’ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan dalam neraka. Penutup Marilah kita mulai sekarang untuk memperbaharui cara kita beragama, memperbaharui amalan-amalan kita dengan mengilmui dahulu baru kemudian mengamalkan. Tidak asal dalam beribadah, kerana nantinya hanya penat dan lelah yang akan kita dapatkan. Beribadah adalah ada caranya, ada tuntunannya, dan itu hanya bisa kita ketahui dengan berilmu dahulu. Janagn sampai kita terkena hadis (yang ertinya): “Barangsiapa yang mangada-adakan dalam urusan kami yang bukan darinya maka tertolak.” Dalam riwayat yang lain: “Brangsiapa mengamalkan suatu amalan yang tidak ada padanya urusan kami maka tertolak.” Marilah kita jadikan “ilmu sebelum berucap dan beramal” sebagai slogan kita. Semoga bermanfaat. Allahu A’lam.

info yang boleh dikongsi bersama,
  • Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.
  • Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
  • Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya dibibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telahmemperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA SEWAKTU MELIHAT CERMIN·
  • Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
  • Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan,dan air putih.
  • Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
  • Subject: FW: Rahsia 13Assalamua'laikum wr wb......... ..Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
  • 1 -Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
  • 2 -Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  • 3 -Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  • 4 -Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  • 5 -Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  • 6 -I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalamkubur.
  • 7 -Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
  • 8 -Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
  • 9 -Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
  • 1 0 -Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
  • 11 -Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  • 12 -Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
  • 13 -Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T. Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"Wassalam."Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
assalamualaikum...
pada mulanya ana tidak percaya pada kelebihan mempunyai blog. apa kegunaannya? apa kelebihannya? sebelum ini ana pernah singgah diblog yang membuatkan ramai mahasiswa dan siswi tidak puas hati dengan apa yang dihidangkan. pada tanggapan ana waktu itu...blog direka untuk menghangatkan suasana jadi untuk apa mempunyai blog bukan? hanya membuang masa dan sia-sia. sehinggalah ana bertemu dengan blog sahabat ana sendiri. baru ana sedar untungnya punya blog. ana dapat pengisian yang cukup mantap daripada blog tersebut. ana kagum dengan penulisan beliau. oleh yang demikian ana bercadang untuk menghasilkan blog sendiri dengan harapan dapat memperbaiki diri dari semasa ke semasa dengan bantuan akhawat lain..
jazakallahu khairan jazak

IMAM ABU ABDUL RAHMAN AL-SULAMIY

Jiwa manusia adalah satu daripada tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan ALLAH yang menterjemahkan secara amali keagungan dan kesempurnaan ciptaan-NYA serta mempamerkan keunikan jalinan hubungan antara roh dan jasad. ALLAH juga bersumpah di dalam al-Quran dengan menyebut nama roh ini sebagai bukti kemuliaan dan ketinggian roh itu sendiri.
Sesungguhnya jiwa itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang berpunca daripada berbagai-bagai sebab. gejala penyakit ini menular sehinggamenyebabkan para pemikir menjadi bingung untuk mencari penawarnya. hal ini adalah kerana penyelesaian serta pengubatannya tidak menurut resepi yang telah ditentukan oleh ALLAH. semakin jauh manusia menyimpang dari manhaj ALLAH maka semakin sukarlah proses pengubatan dan pemulihan penyakit jiwa tersebut.
Antara keistimewaan proses pengubatan itu ialah bersandar kepada petunjuk yang dibawa Rasulullah s.a.w serta pimpinan wahyu. dengan berpandukan kedua-dua sumber itu, kita akan dapat mengenal dengan pastinya penyakit dan cara pengubatannya lebih awal. hal ini bersesuaian dengan slogan 'mencegah lebih baik dari mengubati.'