Wednesday, March 4, 2009

IMAM ABU ABDUL RAHMAN AL-SULAMIY

Jiwa manusia adalah satu daripada tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan ALLAH yang menterjemahkan secara amali keagungan dan kesempurnaan ciptaan-NYA serta mempamerkan keunikan jalinan hubungan antara roh dan jasad. ALLAH juga bersumpah di dalam al-Quran dengan menyebut nama roh ini sebagai bukti kemuliaan dan ketinggian roh itu sendiri.
Sesungguhnya jiwa itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang berpunca daripada berbagai-bagai sebab. gejala penyakit ini menular sehinggamenyebabkan para pemikir menjadi bingung untuk mencari penawarnya. hal ini adalah kerana penyelesaian serta pengubatannya tidak menurut resepi yang telah ditentukan oleh ALLAH. semakin jauh manusia menyimpang dari manhaj ALLAH maka semakin sukarlah proses pengubatan dan pemulihan penyakit jiwa tersebut.
Antara keistimewaan proses pengubatan itu ialah bersandar kepada petunjuk yang dibawa Rasulullah s.a.w serta pimpinan wahyu. dengan berpandukan kedua-dua sumber itu, kita akan dapat mengenal dengan pastinya penyakit dan cara pengubatannya lebih awal. hal ini bersesuaian dengan slogan 'mencegah lebih baik dari mengubati.'

No comments:

Post a Comment